Monday, April 11, 2011

Wasiat Hassan al-Banna



·         Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta-merta walau dalam keadaan mana sekalipun.

·         Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara yang baik atau amalkan zikrullah dan janganlah sesekali membuang masa walau sedikit.

·         Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana ia adalah di antara syiar Islam.

·         Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara skalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak memberi apa-apa faedah.

·         Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah s.w.t. itu sentiasa tenang da tenteram.

·         Janganlah bergurau kerana umat Islam yang senang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

·         Janganlah saudara bercakap dengan nyaring daripada apa yang dikehendaki oleh para pendengar kerana itu adalah satu perbuatan yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang lain.

·         Jauhilah dari mengumpat peribadi orang , mengancam pertubuhan- pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa yang boleh memberi kebajikan.

·         Berkenal- berkenallah dengan setiap saudara Muslim yang ditemui sekalipun tisak meminta untuk berkenalan kerana asas pergerakan dakwah kita adalah berkasih-sayang.

·         Kewajipan kita adalah lebih banyak dari masa yang ada pada kita. Oleh itu, bantulah saudara kita tentang cara memanfaatkan waktunya dan jika mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaannya.



“Berikanlah contoh yang baik kepada orang  dengan melaksanakan perintah agamadan meninggalkan larangan agamadan larangan Allah,agar dengan demikian ituapa yang engkau katakan akanmudah diterima dan diamalkan oleh orang lain”

No comments: