Thursday, July 14, 2011

PERUTUSAN TOK GURU NIK AZIZ DARI TANAH SUCI BERKENAAN "BERSIH 2.0"




Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat Zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya Allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini.

Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang.
Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?

Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?
Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa.

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman yang dilakukan pada hari ini. Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. Umno pasti akan jatuh tersembam juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!

Allahu Akbar!
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT.
Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Wednesday, July 13, 2011

ini jawapanku,,,

 "ni syahir sulong kew?ye,ni syahir,,sapew nie??ana seorang hamba allah s.w.t yang lemah ingin mencontohi anta,,??anta/anti nie muslimin or muslimah??asif minni,kalu anda seorang muslimah,,,jgn msg saya,,semoga allah s.w.t menjauhkan saya dari fitnah wanita n dajjal,,,(dialog ini berpanjangan,tapi setakat nie jew yg ayah hir leh kongsi k?))))


Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat memungkiri rasa ketertarikan terhadap lawan jenis. Mengambil istilah teman, "seakhwat-akhwatnya akhwat, tetap saja wanita biasa. Seikhwan-ikhwannya ikhwan tetap saja lelaki biasa". Bagi kita yang bergelar seorang muslim mungkin saja pernah merasakan magnet yang begitu dahsyat, getaran hebat, desiran kuat, dan lain sebagainya saat kita bertemu dengan seseorang yang luar biasa menurut pandangan kita. entah ketampanan/kecantikannya, kesolehannya, atau banyak alasan yang lain yang seringkali tidak dapat diterima akal, kerana cinta tak kenal logika (katanya... hehehe...).

Terkadang disadari atau tidak, terbisik saja rasa yang manusiawi, sebuah anugerah Allah. Saya tidak akan menghakimi anda untuk segera membunuh rasa itu, tapi pandai-pandailah mengatur anugerah terindah itu. Ungkapkan jika kamu mampu dan berani, lalu melangkahlah ke jinjang berikutnya segera. Jika tidak, simpanlah rasa itu, dekatkan diri pada Pemilik Rasa, wallahualam apa yang terjadi berikutnya adalah urusanmu dengan-Nya.

"tapi ia tidak semudah itu!!kalau diterima ok lah,kalau ditolak?" 

Kalau di tolak, pasrahlah. Percayalah Allah akan memberimu yang lebih baik. Meski seringkali hasrat untuk hidup bersama sang pujaan begitu menggebu, namun apa daya jika cinta bertepuk sebelah tangan? Pendamlah rasa itu, kuburlah, simpan di suatu kotak kemudian kunci rapat dan letakkan kotak itu di sudut tergelap yang ada di hatimu. Kamu harus yakin, Allah paling Tahu apa yang terbaik bagimu. Dia pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Anggap saja ini merupakan salah satu dari ujian kehidupan dari Allah s.w.t

Suatu hari nanti saat kita telah menikah dengan orang lain -bukan dengan si dia yang kita idamkan- niscaya kita takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan., bahwa sang pujaan akan datang ke rumahmu. Perjodohan adalah perkara ghaib. Tanpa ada seorang pun yang tahu bila dan dengan siapa kita akan berjodoh. Cinta dan jodoh tidak mengenal status dan paras rupa. Bukan kerana kamu cantik maka para ikhwan menyukaimu. Juga bukan karena akhi penggerak dakwah lalu setiap akhwat mendambakannya.
Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, insyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bilapun ia menghendaki, itu adalah bahagian dari kekuasaanNya.

THANKS to Allah,Yang telah memberikan kenikmatan atas rasa ini dan menyelamatkan diri ini dari segala angan-angan kosong.

Sunday, July 10, 2011

pengorbanan cinta

Cinta memerlukan pengorbanan..
Tanpa pengorbanan cinta sukar untuk berkekalan..
Tanpa pengorbanan sesebuah perhubungan yang bernama percintaan sukar dilaksanakan..
Cinta dan pengorbanan tak dapat dipisahkan...
Pengorbanan untuk melihat kebahagiaan pasangan..
Walau kadang2 pengorbanan yang kita lakukan...
Hasilnya tidak seperti yang kita harapkan...
Mungkin amat mengecewakan..
Mungkin juga pengorbanan itu memberi kebahagiaan kepada kita dan pasangan..
Walau apapun tujuan...
Pengorbanan yang bersandarkan keikhlasan tidak meminta sebarang balasan..
Merupakan lambang keutuhan cinta dan juga asas kepada kebahagiaan yang berpanjangan..
‘CINTA MEMERLUKAN PENGORBANAN...AGAR CINTA TIDAK LAYU BAGAI DEBU2 BERTERBANGAN

*sori sahabat dan sahabiah,sekarang ayah hir jarang dah menulis dalam masa sebulan dua nie,kalau xpuas hati,dengan prestasi ini,asif sangat,,,,,
tq cz sudi share artikel nie