Sunday, April 3, 2011

Amalan yang digalakkan>>>>>





DOA DAN WIRID UNTUK PELAJAR 


1. SURAH AL FATEHAH – Doa pembuka kepada segala urusan 
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 


2.SURAH AL `ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu 
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 


3. SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan and melegakan hati 
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy 
Jumat) 


4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati 
Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah. 
(Nasihat dari Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan 
Allahyarham Syed Abdullah Assogoff) 


5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati 
"Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad
hambamu 
dan pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda 
semuanya." 
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat) 


6.SELAWAT NABI S.A.W – Pembuka pintu hati 
"Kesejahteraan kemuliaan seluruh bulan sekelilinginya beribu-ribu
di 
atas junjugan pesuruh yang amat tinggi. 
Ya Allah Ya Allah. Wahai Pembuka segala ilmu. Wahai Yang Maha 
Mengetahui segala ilmu. Ya Allah engkau bukakanlah pintu hati kami 
dengan pembukaan yang sepenuhnya." 
(Nasihat oleh Ustaz T.M. Fouzy Jumat) 


7. WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA 
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, 
tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. 
Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor) 
Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin 
sallallaahu `alaihi wasallaam nabiyan wa rasulla. 
Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir 
yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi) 
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 


8.DO'A MUDAH FAHAM DAN MUDAH HAFAL 
Allahummarzuqna ya Rabbi fahman-nabiyin, wa-hifzal-mursalin, wa-
ilhamal- mala-ikatil-muqarrabin fi-afiatin ya arhamar-rahimin. 
"Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para
rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga 
kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani." 
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri) 


9.DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA 
Allahummaftah `alaya futuuhal `arifiin. Wa faqqihni fiiddiin. 
"Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang
yang 
arif. Fahamkan aku perkara agama ku." 


10.DO'A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK 
Allahumma alhimni rusydii wa a'idznii min syarri nafsi. 
"Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan
lindungilah 
aku dari kejahatan nafsuku." 


11. DO'A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS 
Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul `uqdatan min lisani 
yafqahu qauli. 
"Ya Allah! Lapangkanlah dadaku, mudahkanlah pekerjaanku
(urusanku) 
dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku." 


12. DO'A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN 
Rabbi zidnii `ilman warzuqni fahman 
"Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman 
(pengertian yang baik dan fahaman). 


13. WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH 
Ya `Aliimu Ilman Hikmah 
"Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah" 


14. WIRID UNTUK PELAJAR 
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran 
yang nyata. 
Ya Haadii Ya "Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin. 
"Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha 
Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata" 
Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al 
Ishaqy. 


15.DOA UNTUK MENDAPAT HIKMAH 
Ya `Aliimu Allimni Hikmah 
"Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, ajarkanlah aku hikmah". 
(Nasihat dari Ustaz T.M. Fouzy Jumat) 


16. DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block) 
Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan 
Ya Haadi, ihdinii. 
"Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku" 
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz 
zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, 
kita baca doa tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan 
memperoleh petunjuk. Boleh juga dibaca seketika sesat jalan. 


17.WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI 
Ya Rasyidu – Dibaca sebanyak mungkin selepas solat 
"Wahai Tuhan Yang Maha Pandai" 
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat 
belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-
masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir 
kalimah di atas sebanyak mungkin, semoga akan berjaya. 


18. WIRID UNTUK "MELIHAT" YANG DI RAHSIAKAN 
Alaa Ya'lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir 
"Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia
Maha Halus lagi Maha Mengetahui". 
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, 
insya-Allah ia akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu 
yang dikehendakinya. Jika diamalkan selalu insya-Allah akan 
didorongkan untuk belajar perkara yang akan disoalkan dalam sesuatu 
peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami suatu masalah dalam 
pelajaran atau projek. 
Selamat Beramal.......

No comments: