Sunday, September 25, 2011

tolong


assalamualaikum
ana mulakan coretan kali ini dengan al-fatihah dan nama Allah s.w.t

pernah dengar perkataan ini "syadid" dan "adik beradik",em.ana masih mencari apa sebenarnya yang boleh dikaitkan dengan kedua dua istilah ini,

sape yang ada pendapat,tlg komen post ini,terdesak
......................................................................................................................

dialog pertama: anta nie,dah xdew ke kaum sejenis ke nak tanya soalan,yewla,ana xsehebat anta
dialog kedua:ana nak minta izin untuk kita buat perjumpaan antara adik beradik nie,apa pendapat anta nie?
                   :maaflah kalau sms ana tadi menyakitkan hati anta yew
dialog ketiga: kalau kamu nak buat,buatlah,saya xkisah pun,dalam agama xdew pun istilah adik beradik nie,so jangan nak memandai create istilah adik beradik,agama xsuruh pun,,,,,,
dialog keempat: kan awak dah ada KAKAK yang boleh ajar awak ITU,,,

p/s:ana sekadar bertanya
........................................................................................................................

ya allah,kuatkan hatiku ini untuk terus menulis
aku tiada daya upaya,aku hanya hambaMu yang lemah dan perlukan pertolonganMu,rahmatMu dan sokongan para pejuang agamaMu yang bergelar ustaz ustazah,sahabat sahabiah dan teman sekeliling,,

dalam dua tiga hari nie,ana mula teringat apa yang ana dah buat selama ini,adakah ia benar atau salah atau syubhah semata-mata?ana mencari dan terus mencari,dan akan terus mencari hinggalah akan terjumpa satu jawapan yang pasti dan xakan mrobek keyakinanku pada bait-bait kata  "we are family,man,woman,old and young"   

Oh God, thank you 
For giving us the strength to hold on 
And now we’re here together

Ada dalam al-Quran, Allah S.W.T nyatakan bahawa sikap SYADID itu dipraktikkan adalah untuk orang kafir, bukan untuk sesama orang Islam. “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.” Al-Fath:29.

Kepada yang bakal membaca entri kali ini,mungkin ada rasa terguris hatimu,namun aku pohon ampun dan maaf kerana ia adalah perlu sebagai teguran bukan penolakan namun sebagai peringatan.
Apa yang ana buat kali ini mungkin ada yang bersetuju dan ada yang xbersetuju,namun kita berukhwah kerana akidah yang satu untuk mencapai jalan ketaqwaan kepada Allah s.w.t kerana setiap makhluk yang diciptakan itu ada tujuan tersendiri iaitu beribadah kepada Allah s.w.t, menjadi khalifah dan memakmurkan bumi ini.

Syadid merupakan suatu perkara positif yang perlu diterjemahkan oleh setiap muslim didalam segala aspek kehidupan. Apabila kita hanya mengambil pandangan yang syadid, dan syadid dalam urusan seharian maka kita akan lebih selamat.
Namun perlu juga dilihat untuk diamalkan dalam situasi tertentu kerana jika terlalu syadid,masyarakat akan lari dari apa yang ingin kita sampaikan, namun demi menjaga kesucian ukhwah,ia adalah perlu
Penilaian tersebut tidaklah semata-mata menggunakan akal pemikiran saya, tapi bagi saya ianyanya selari dengan tuntutan islam.
Sepertimana sabda nabi: “Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan”. Istifadah yang boleh kita teladani daripada hadis tersebut ialah kita hendaklah mengambil jalan tengah dalam menyelesaikan sesuatu masalah, iaitu tidak terlalu syadid dan tidak terlalu tasahhul(mudah) dalam menerima pendapat dan melakukan sesutautu perkara. Dengan menggunakan bahasa yang mudah, bukan dalam semua perkara kita perlu syadid, ada tempat yang perlu dan ada tempat yang tidak perlu.

saya nak bertanya pendapat anta macam ni, saya rasa saya ni terlalu syadid dgn lelaki..kalau ade lelaki mesej-mesej, ym ke sekadar nk borak-borak benda-benda xpenting ni, memang saya xlayan.. pastu mereka marah-marah ckp sy sombong..terkejut gak sy..ntahlah, sy rase xde keperluan nak layan mereka ni sekadar borak-borak hal-hal remeh temeh, yg xpenting lgsg..kalau ada urusan tu lain la kan.. jadi mcm mane ye? salah ke tindakan sy tu?
Aku cuba membalas:bagi ana,betul tindakan kamu tu,xsalah pun,hati manusia nie xpernah puas,kalau manusia itu dah kaya,dia tetap ingin mencari kekayaannnya,sebabnya,iman yang kurang,ilmu yang tidak ingin dicari unutk menghidupkan hati yang lemah,berukhwah dan bekerja bukan kerana taqwa,namun untuk menunjuk mahupun ,,,,,,,,,,,,,,,,,

Saya yakin, mereka yang dilabel dengan istilah SYADID itu sebenarnya hanya mahu mempraktikkan Islam dalam kehidupan. Mereka mahu hidup dalam nafas Islam. Mereka mahu bergerak dalam landasan Islam. Mereka cuma mahu menjadikan diri masing-masing seorang muslim yang benar-benar muslim sebagaimana yang dituntut oleh Allah S.W.T dan RasulNya.

tidak salah untuk bersahabiah atau bersahabat ,namun ada tempat yang perlu untuk dilihat keutamaanya,bagi yang memahami cubalah untuk mempraktikkannya walaupun ianya susah,namun kesusahan itu bakal diganjari oleh Allah s.w.t,janganlah berlaku zalim terhadap ilmu yang kita tuntut,amalkannya kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah zalim
sesungguhnya Allah Maha mngetahui hati2x..
hambaNya
insyaAllah dgn keikhlasan
 Allah akan bantu mempermudahkan urusan 
insyaAllah
jangn fikir yang tidak elok,,,
jdikannya sebagai suatu tauladan..
dan beringtlah bahawa..ade hikmah di sbliknya
mungkin IA dtgnya dri Allah
tguran kasih dri Allah
Allah yg membuka mata-mata hati..
dan kita beruntung dgn pemberianNYA
JGN malu dgn perkara yg benar
jgn takut dgn perkara yg bnr,,,
semoga Allah memandu hatimu, hatiku dan hati sahabat itu di atas panduan makrifaNYA
insyaAllah

kita manusia yg sentiasa akan diuji dan terus diuji dgn plbgai dugaan khidupan..
apatah lg dalam memandu sebuah pengembaraan meneruskan jalan dkwah Rasulullah
semakin kita ditimpa ujian itu
semakin kita mengingti Allah
rasa phit kite..
perit kite..
lbh merapatkan hubungan kite dengan Allah
kalau itu yg Allah mahu dari kita untuk kite lebih rapat dgn DIA..
agar kita meredhai kehendakNYA

ya allah,
aku mohon engkau berkati 
setiap apa yang aku taipkan ini menjadi peringatan untuk semua,
pimpinlah aku sebagaimana engkau memimpin umat terdahulu
ya allah,engkau tahu apa yang sedang bermain di mindaku ini,
engkau tahu,tubuh ini bakal rebah bila tiba saatnya
engkau tahu apa yang baik dan buruk untuk diriku ini