Tuesday, November 27, 2012

hari lahir admin

Assalamualaikum teman-teman sekalian,,alhamdulillah admin menyambut hari lahir dengan rasa tahniah dan takziah daripada anda sekalian..Banyak juga ucapan hari lahir yang admin terima dan admin mengucapkan terima kasih kepada penghantar ucapan tersebut,ucapanmu akan admin ingat,insyallah,,jadinya admin akan review semula semua ucapan-ucapan yang admin dapat sepanjang sehari semalam,,

1.hb
2.sanah helwah
3.epibufdayz
4.selamat hari lahir,semoga mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat
5.hb..may Allah bless u,,
6. sanah helwah ya akhi syahir..may Allah bless u alwayz...
7.Happy Birthday! Semoga berada di bawah perlindungan Allah selalu dan sentiasa bersama orang2 yang beriman.
8.Sanah helwah.. mga pnjg umr dbrkati dunia akhrat..
9.assalamualaikum. happy birthday Su :Dsemoga sentiasa murah rezeki dan diberi kekuatan
10.happy birthday Abe Su. My little brother that's not so little anymore ;)
11.tumpang sekaki....semoga Allah mempermudahkan urusan abe su belajar dan mencari ilmu, dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.
12.Heppi birth day to omar,masyallah..bakal ganti tu..bakal pemimpin besar. PAK LAH PM SAMA TARIKH JUGA(untung admin,tarikh lahir sama dengan mantan perdana menteri)
13. Umar Alfarouk...happy birthday...murah rezeki panjang umur
14.Salam.Sanah helwa,ya akhi.May Allah bless u.barakallah   
(1-14 nie adalah antara ucapan di facebook,,thnakz kawan)#

15.sanah helwah ayah hey,moga sentiasa berada dalam redhaNya dan thabat dalam setiap perjuangan
16.hidup ini tidak bermakna tanpa adanya dugaan.Dugaan memberi kita cabaran dalam menghadapi kehidupan.Bagaimana mungkin untuk kita lari dari semua itu?kerana itu sudah tertulis untuk kita menghadapinya.Tuhan itu Maha Adil.Dia tidak membebani hambaNYa dengan sesuatu yang tidak boleh hambaNya sahuti, Lantas ,mengapa mudah sahaj kita mengeluh menerima dugaan dariNya?sedangkan dengan ujian tiu dapat mendekatkan diri kepadaNya:-)sanah helwah
17.sanah helwah ayah hey,smoga semua yang baik untukmu wahai sahabat.Moga menjadi anak soleh.dan moga sisa umur yang pendek ini bertambah berkat,insyallah:-)**nak adiah x?hehe
18. selamat hari lahir^^,,moga rahmat Allah memayungimu
19.sanah helwah akhi,kullu am wa anta bikhoir..muga menjadi hebat dalam pandangan Allah
20.since my hands can't reach u,let my prayers hug u with Allah love,blessings and guidance.dear Allah,I don't know all the challenges my freinds facing of but U know everything. I hear his silence, U hear his pleads,I see his laughing,U see his tears,,I see when he give but U see what has been taken from him..I see his appearance,U see the scars in his soul. So please give him everything h needs,bless his abundantly for all the times to come,,sanah helwah my friend
21.Demi Allah yang Maha Esa,sesungguhnya tidak disediakan jalan tang mudah untuk menuju CintaMu,menitis air mata tatkala merinduiMu,mengalir air mata ketika saat semakin menjuah darMU,tetapi janji Allah tetap mekar dan segar kerana ku yakini Allah menyatakan "wajib cintaKu kepada orang yang berkasih sayang terhadapKu"(assyahid Imam hassan al-Banna),,syukur dipanjangkan usia untuk bersama anda sebagai sahabt,teman ,rakan dan kawan seperti anda,,selamat hari kejadian ayah hey,,,

sedikit coretan
***************************************************************************
banyaknya ucapan hari lahir yang seseorang akan terima apabila tiba hari lahirnya..Saat waktu dan ketika itu dirasakan amat gembira,,merasakan diri dihargai,bersyukur kerana dikurniakan teman,rakan dan kawan yang mengorbankankan satu sen untuk menghantar sms,,menyingkap umur yang semakin bertambah pada bilangan tetapi pendek kerana semakin hampir dengan kematian dan kematian itu datang tanpa mengenal siapa,di mana dan bila,,umur yang sudah berlalu adakah sudah diisi dengan perkara yang bermanfaat dan adakah umur yang mendatang akan terus dibajai dengan iman dan amal atau sekadar dipalit dengan dosa dan salah??satu pertanyaan yang akan meruntun jiwa jika ia menjadi sebati dan dipahat untuk dijadikan muhasabah diri agar kenal apa taraf diri ini di dunia,akhirat,,sudah bersediakan diri untuk bertemu dengan Allah?bersediakah diri ini andai datangnya Malaikat Maut menyapa"sudah tiba masa engkau wahai si fulan" 
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
masya Allah,,banyaknya perkara perlu diselesaikan sebelum mengakhiri hayat ini
ceriakan dirimu wahai teman,dengarlah suara angin bertasbih memuji Allah,,

teman-teman,saudara seIslam kita sedang ditindas sekarang,ini kata seorang remaja palestin

ayuh pembaca,aminkan doa ini walaupun sekali
"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya..Doa orang yang teraniaya amat makbul "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..
USM,HUHU

MANISKAN SENYUMAN,RIANGKAN KEHIDUPAN

 

 

 

Thursday, November 8, 2012

HATINYA OFLINE

kadang-kadang iman kita mudah tergelincir dengan perhiasan dunia. tapi, jika ditanam dan dibajai hati dengan cinta kepada Allah yang satu, maka cinta-cinta lain yang Allah janjikan akan mekar juga. InsyaAllah. :) ****************************************************************************** Allahuakbar,,allahuakbar,,allahuakbar bergegas ke bilik air untuk membersihkan badan menghadap Allah dalam keadaan bersih ibarat seorang isteri yang ingin bertemu dengan suami tercinta dalam keadaan yang cantik,wangi dan kemas..mengenakan baju melayu putih,kain pelikat dan kopiah sudah kemas rupa seorang lelaki,,
Haidar berjalan menuruni anak tangga bersama roomatenya bergerak ke surau,itulah roomatenya dunia dan akhirat,,mereka berdua tidak pernah ketinggalan dengan aktiviti surau kampus,,usai berjemaah,,imam membacakan mathurat,itulah pengubat hati di kala duka,,Surat cinta dari Allah dan Rasul lebih mahal daripada sepucuk surat seorang makhluk kepada seorang makhluk,,riak wajah Haidar tenang membacakan mathurat sehelai demi sehelai,,hilang isi dunia buat sementara waktu kerana bacaan mathurat mengetuk kalbu yang sentiasa berbolak balik,,Wahai Tuhan,yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati kami dengan agamaMU dan ketaatan kepadaMU,, ahli jemaah saling bersalam-salaman tanda persaudaraan yang tiada batasan usia,pangkat dan bangsa,,Haidar meminta roomatenya pulang dahulu kerana dia ingin kekal lama di surau,,ahli jemaah kian beransur pergi,,tinggallah Haidar keseorangan bertemankan naskhah Al-quran dan rumah Allah yang dianggap sebagai taman syurga oleh umat Islam,,tetiba Haidar merasakan Allah sedang menegurnya melalui kalamullah itu,,matanya terhenti pada satu ayat

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).”,,an-nur ayat 26


Ayat ini diturunkan untuk menunjukkan kesucian ‘Aisyah r.a. dan Shafwan bin al-Mu’attal r.a. dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Pernah suatu ketika dalam suatu perjalanan kembali dari ekspedisi penaklukan Bani Musthaliq, ‘Aisyah terpisah tanpa sengaja dari rombongan karena mencari kalungnya yang hilang dan kemudian dihantarkan pulang oleh Shafwan yang juga tertinggal dari rombongan karena ada suatu keperluan. Kemudian ‘Aisyah naik ke untanya dan dikawal oleh Shafwan. Mereka sudah ketinggalan dari rombongan Rasulullah dan para sahabat,akhirnya mereka sampai ke Madinah. Peristiwa ini akhirnya menjadi fitnah dikalangan umat muslim kala itu karena terhasut oleh isu dari golongan Yahudi dan munafik; jika telah terjadi apa-apa antara ‘Aisyah dan Shafwan. Masalah menjadi sangat pelik karena sempat terjadi perpecahan diantara kaum muslimin yang pro dan kontra atas isu tersebut. Sikap Nabi juga berubah terhadap ‘Aisyah, beliau menyuruh ‘Aisyah untuk segera bertaubat. Sementara ‘Aisyah tidak mau bertaubat karena tidak pernah melakukan dosa yang dituduhkan kepadanya, ia hanya menangis dan berdoa kepada Allah agar menunjukkan yang sebenarnya terjadi. Kemudian Allah menurunkan ayat yang menunjukkan kepada kaum muslimin bahawa Rasulullah adalah orang yang paling baik maka pastilah wanita yang baik pula yang menjadi isteri beliau, iaitu ‘Aisyah r.a.(sumber:http://elhubby.wordpress.com/2009/01/30/rahasia-qs-an-nur-26-tentang-jodoh/)

 Seakan menempelak dirinya yang mahukan seorang perhiasan yang bagus agamanya namun dirinya sendiri masih belum sempurna.mengakhiri bacaannya dengan penuh rasa malu,,pantas mengangkat takbir dan melakukan sujud syukur tanda syukur dan insaf kepada Tuhan yang tidak pernah putus mengurniakan nikmat kepada dirinya yang lalai dari mengingatiNya.Usai meletakkan Al-quran di rak ,,Haidar bergerak ke beranda masjid untuk melihat langit biru dikala matahari samar-samar kelihatan.."subhanallah,,cantiknya ciptaan Allah ini",puji Haidar akan kekuasaan Allah itu,,,tit..tit..ti.."ya hanana,ya hanana,ya hanana",,qasidah Habib syech yang dijadikan ringtone telefon bimbit menjengah kekhusyukan Haidar memerhati alam,,hatinya menolak untuk menjawab panggilan itu kerana dia tidak sanggup untuk mengecewakan hatinya sendiri,,itu adalah panggilan dari Iman,,"ya Allah kau tolonglah diriku ini",,berkali-kali panggilan itu memekik menginginkan pemiliknya menjawab panggilan tersebut,,"ya Allah,aku tak sanggup lagi untuk membuka ruang hati ini kepada makhluk yang bernama Hawa,,aku akan tunggu jodoh yang telah Engkau tetapkan untuk diriku ini"  akhirnya,,panggilan itu dimatikan namun ujian Allah tidak putus begitu sahaja,,Iman menghantar mesej peribadi kepada Haidar,,
"akhi,,kenapa tak jawab panggilan Iman?akhi kan sahabat Iman,,Iman just nak kongsi cerita,,mama dan papa dah beri jawapan untuk pinangan senior Iman"tetiba Haidar berdebar menatap pesanan ringkas itu,,dan dia harus membacanya sehingga habis,"akhi,,mama dan papa cakap kalau senior tu serius untuk menjadikan Iman sebagai perhiasannya,,dia perlu tunggu hinnga Iman tamat belajar dahulu,,itu je Iman nak cakap pada akhi,,assalamua'laikum"pesanan ringkas dari Iman
entah perasaan apa yang sesuai untuk digambarkan oleh Haidar ketika itu,,namun dia sudah tekad,HATINYA OFLINE hidupnya tidak mahu lagi diisi dengan pekara tersebut,biarlah Allah yang tentukannya,,waktu dhuha sudah tiba,,dia masuk ke dalam surau dan menunaikan solat dhuha dua rakaat,,
###########################################################################
Ya Allah,
Golongkan kami menjadi hamba yang pandai memanfaatkan umur yang tersisa ini,
Golongkan kami menjadi hamba yang pemaaf,
yang tulus kepada saudara yang menyakiti kami.
Golongkanlah kami menjadi hamba yang berlapang dada,
kepada saudara yang menzalimi dan menyakiti hati ini.
Ya Allah,
Tolonglah kami ya Allah,
Berikanlah kekuatan bagi kami,
Jangan biarkan kami tergelincir,
Jangan biarkan kami terjerumus
Jangan biarkan kami tersesat.
Ya Allah,
Halanglah diri ini dari melakukan perbuatan maksiat,
Cegahlah kami dari perbuatan dosa,
Jauhkan kami dari apapun yang akan menjerumuskan
Kasihanilah kami ya Robb.
Ya Allah,
Engkau tahu, betapa fikiran kami jarang mengingatiMu,
betapa lisan kami,
jarang menyebut namaMu dengan ikhlas,
Ya Allah,
Jadikanlah setiap hari sebagai hari ampunan,
Kenapa sulit sekali untuk memperbaiki diri,
sekarang bertaubat, besok berbuat dosa lagi,
sesungguhnya, kami ingin menjadi hamba yang soleh,
Tolonglah ya Allah,
berikan kekuatan bagi kami,
Jangan biarkan kami tergelincir,
cantik kan ciptaan Allah,,subhanallah
Jangan biarkan kami terjerumus,
Jangan biarkan kami tersesat.
Ya Allah,
Bukalah hati-hati yang masih tertutup,
Luluhkan hati yang masih keras membatu,
cahayai hati yang gelap gelita,
Gantikan hati yang penuh dengan kebencian dengan penuh kasih sayang,
Gantikan hati yang penuh dendam pada diri ini dengan perasaan kasih sayang,
Gantikan hati yang penuh kesombongan dengan hati yang tawadhu'.
sumber doa:(http://ustazrabbani.blogspot.com/2010/02/doarintihan-hambamu-di-malam-hari.html)
  *******************************************************************
(the end,,pembaca boleh memulakan bacaan kisah ini dari tajuk akhirul kalam,Haidar bukan imammu,Khabar gembira buat haidar dan Hatinya Ofline)

Sunday, November 4, 2012

khabar gembira untuk Haidar

KBOMM DAN HANTAR KE 25333

melabuhkan punggung seketika di bawah pokok selepas solat asar amat menenangkan jiwa yang mudah bergoncang ini,usai menunaikan solat asar dengan sahabat-sahabat seperjuangan,diikuti pula dengan bacaan al-mathurat,meneliti maksudnya satu persatu amat menggembirakan hati Haidar kerana dia tahu bahawa janji Allah itu pasti dan tidak pernah dimungkiri,,setelah itu Haidar bersalam dengan ahli jemaah masjid lalu membawa haluan masing-masing,,

memerhatikan pokok-pokok yang seolah-olah mengetahui apa yang sedang bermain di benak fikirannya,angin berhembus datang dan pergi mengusik dan meruntun hati Haidar untuk terus mengingati kembali perkara-perkara sebelum ini,,di matanya hanya bermain wajah seorang ukhti yang dikenalinya dengan nama manja,Iman,,pekertinya yang menyerupai seseorang yang pernah menjadi idaman hati kini kembali menerawang,dulu dia pernah menyimpan taruh keinginan untuk menjadikan seorang hafizah sebagai perhiasan hidupnya,namun
"manusia hanya merancang,Allah menentukan segalanya"
kini Iman pula dihantar oleh Allah untuk mengujinya..Pertama kali bertemu muka hanya dalam bidang tugas sebagai ajk surau namun lama kelamaan ia berubah menjadi persepsi yang sama terhadap Iman,,
Haidar sedar bahawa ini adalah ujian daripada Allah untuk menguji taraf cinta hamba kepada Sang Pencipta,,"ya Allah beratnya ujian ini untukku"pinta Haidar. SAHABAT KOLONY!!!
pernah menasihati,
sebelum engkau melafazkan rasa cintamu itu pada makhluk yang lemah,,bagaimana cintamu pada Sang Pencipta yang tak putus-putus mengurniakan nikmat kepada engkau wahai teman"


 Haidar tekad untuk melamar Iman sebagai perhiasannya,agar tidak terlepas dari genggamannya,dia sudah menghantar emel kepada Iman,Dia mengahantar hasrat hatinya itu ,lalu menunggu jawapan dari Iman (akhirul kalam) namun setelah sekian lama Haidar fikir dirinya tidak serius dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin kepada seorang Hawa. setelah melakukan solat istikharah selama beberapa hari,mengadu pada Allah agar dikuatkan niatnya untuk menghantar emel kedua kepada Iman menyatakan hasrat hatinya itu(saya bukan imammu),,
syukur pada Allah yang Maha Mendengar rintihan hatinya itu,, Iman sanggup menerima keputusannya itu.
kini kehidupan kembali seperti dulu,hanya bersama teman-teman kampus yang tidak pernah jemu menutur nasihat dan bicara andai dia tersungkur di persimpangan,, satu malam yang dingin,,Haidar menjengah facebooknya untuk melihat aktiviti-aktiviti kampus dan status-status rakan-rakan fb nya yang berjumlah 1000 orang,,wah,letihnya tangan..plupp,,chatboxnya berbunyi,"ish,xkanlah dia"jauh di lubuk hatinya dia terkejut bercampur takut dan gembira,,Iman yg hadir di chatboxnya itu sudah lama dia tidak chatting,

"apa khabar akhi?sihatkah iman di hati atau masih teringatkan Iman yang wujud ini?huhu,Iman bergurau jew,,just nak cakap..insyallah lepas raya nanti ada seorang senior Iman ingin melamar Iman menjadi perhiasannya,,tolong doakan Iman ye akhi kalaulah ini merupakan yang terbaik buat Iman,,"
"akhi,Iman dah baca apa yang akhi tulis di blog akhi tu,menarik dan terima kasih untuk doa akhi tu,,Iman suka,,syukran,,maassalamah wa ila liqa"offline,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

tergamam haidar di hadapan laptopnya,,terus dia offline dari facebook,,,bergegas dia ke tempat wuduk asrama untuk menyucikan diri bersedia menghadap Ilahi,, "oi,xmasuk lagi waktu Isyak,apa ke hal laju semacam je kau Haidar"pinta roomatenya itu,,"aku saje jew nak menghadap Ilahi,,manela tau kan,kot2x aku mati time nie,aku mati dalam husnul khotimah"huhu,Haidar mengusik roomatenya,,"iyelah,,mati tak kenal tuan,lawan dan masa kan,"bisik roomatenya tanda faham,,

terus memasuki biliknya lalu mengambil sejadah,,dihampar menghadap ke arah kiblat lalu ditunaikan solat hajat dua rakaat,,di akhir sujudnya itu,,Haidar berbicara sepuas hatinya kepada Tuhan dan Kekasih Agung yang tak pernah menolak bicara makhluknya
**************************************************************************
ya Allah,,kembali aku mengadapMu dengan rasa  hina dan rendah diri
ya Allah,,hambaMu ini kotor dengan dosa noda,,tak pernah melakukan kebaikan
ya Allah,,dengarlah bicaraku ini
Segala apa yang ada adalah di dalam pengetahuan Engkau ya Allah
tidak mampu untuk aku sorakkon walau sebesar zarah sekalipun
ya Allah,,tunjukilah kepada hambaMu ini yang benar itu benar
ya Allah,,tunjukilah hambaMu ini yang salah itu salah
ya Allah,,akhirnya aku melihat kebesaran Engkau di hadapan mataku sendiri
ya Allah andai dia bukan untukku maka jagailah dia sebagaimana Engkau menjaga alam ini
ya Allah,,aku bersyukur kepada Engkau kerana telah menghantar seorang Adam untuk menjaganya
ya Allah,,semoga mereka sentiasa berada dalam redha Engkau
ya Allah,,tutuplah pintu hatiku ini untuk mencari cinta selain cinta Engkau
ya Allah,,malunya aku kepada Engkau kerana telah memandang isi dunia ini sebagai matlamatku
ya Allah,,ampunkanlah dosaku dulu,kini dan selamanya
*****************************************************************************
puas berbicara,,Haidar mengajak roomatenya untuk terus menunaikan solat isyak berjemaah,,mengharapkan ganjaran dari Allah sebagai tiket persediaan bertemu dengan Dia,,

#syeikh Rohimuddin: anakku,cinta itu adalah memberi dan menerima,tidak ada pergaduhan antara dua jiwa,saling meredhai itulah yang mengukuhkan ikatan antara mereka,,janganlah kau mencintai orang lain agar orang lain juga mencintaimu.