Tuesday, October 16, 2012

Haidar bukan imammu

Menelusuri kehidupan kampus yang penuh dengan sesi pembelajaran,Haidar semakin menunjukkan prestasi yang baik dalam kumpulannya. setiap hari Haidar akan datang awal ke kelas untuk mengulangkaji atau membersihkan kelas sebelum lecturer kesayangannya masuk untuk mencurahkan ilmu yang melimpah seperti air laut yang tidak pernah lekang kering. dia sentiasa menyibukkan diri agar tidak leka dalam kehidupannya. Dia rajinkan diri untuk ke perpustakaan mencari bahan pembelajaran dan membuat nota pelajaran . Dia bertekad untuk membantu rakan-rakanya yang lemah dalam pelajaran. Dia bimbang andainya dia berjaya namun rakan-rakan yang lain tidak berjaya sepertinya. Walaupun mendapat keputusan exam yang tidak memuaskan namun Haidar tidak pernah berputus asa untuk sentiasa rajin dalam pembelajaran. Pada waktu lapangnya, dia lebih suka untuk menghadiri majlis ilmu di masjid dan mendengar kuliah interaktif..
Alhamdulillah Allah membuka jalan untuknya menyertai kumpulan usrah di kampusnya. Dia tidak pernah ponteng usrah dan sentiasa bersedia dengan tugasan yang diberikan oleh para naqibnya. Dia kini mengenali agama dengan usrah dan majlis ilmu yang dihadirinya. Harapannya satu semoga dengan ilmu tersebut dia dapat mengajar bakal zaujah dan mutiara-mutiara yang bakal dilahirkan untuk mengenali agama lebih awal..

       Namun hidup yang tak pernah lekang dengan ujian tidak akan pernah berhenti selagi nafas masih dihembus dan akan pergi apabila Malaikat Maut datang menyapa.. emel yang dahulunya dihantar kepada seorang ukti telah dibalas dan dia menerima dengan redha segala ketentuan Allah. Namun semakin mempelajari agama semakin dia melihat apa yang dibuatnya adalah salah di sisi agama. chatting, facebooking, tweet dan sebagainya. Setelah mendapat petunjuk dari Allah dengan gerak hati yang disertai dengan zikir dan mahabbah.. akhirnya dia membuat keputusan untuk menghantar pesanan ringkas kepada ukhti tersebut agar dia juga terselamat dari godaan syaitan.

"mungkin ini pesanan terakhir Haidar kepada ukhti,,Haidar minta maaf dengan emel dahulu,, semoga ukhti sihat sentiasa dengan rahmah Allah,,abaikan emel dahulu,, kan setiap hari kita bangkit untuk menjadi seorang yang baru dan meninggalkan apa yang di belakang.betul apa yang telah ukhti bacakan kepada Haidar.. apa yang kita sembunyikan ddalam hati Allah tetap juga mengetahui kerana Dia adalah Rabbul jalil yang menguasai seluruh bentara alam ini termasuk darah yang mengalir. Ukhti, segala apa yang Allah ciptakan adalah yang terbaik untuk semua. Pokok dicipta untuk menyejukkan alam, air dicipta sebagai penyejuk dahaga di saat mentari panas hening.. Begitulah juga seorang Adam diciptakan untuk menyempurnakan kehidupan seeorang Hawa. Namun ukhti, xsemua Adam itu sempurna. Haidar juga merasakan sedemikian. Haidar pohon pinta dan maaf andai pernah menabur harapan . Hakikatnya,, ukhti adalah seorang yang terbaik dan memerlukan seorang Adam yang baik namun bukan Haidar..Haidar pinta kemaafan dari seorang manusia yang baik agar tidak akan mengecewakan ukhti.."

 Mencari alamat ukhti,lalu menghantarnya dengan rasa penuh rendah diri dan berdebar,,tit..tit..tit qasidah kegemaran Haidar berbunyi menunjukkan satu pesanan masuk ke inboxnya,,jawapan yang diterima ringkas
                                   "syukran dan asif"

menghampar ridad biru di biliknya lalu Haidar sujud syukur kepada Allah, menitiskan air mata tanda ingin bertaubat kepada Allah . Masa begitu lama Haidar sujud hingga basah ridad birunya itu.. Doanya kepada Allah
  
"ya Allah,,sudah lamaku tidak berbicara kepadaMu dengan lama.. banyaknya masa aku habiskan dengan dunia yang fana ini..aku lupa untuk bercakap dengan Engkau
 ya Allah ampunkanlah dosaku, ibuku,bapaku,sahabat-sahabiahku serta muslimin dan muslimat seluruhnya.
ya Allah,, andai apa yang telah aku lakukan ini menutup hijab antaraku dengan Engkau maka hilangkanlah ia dariku semoga aku sentiasa dekat dengan Engkau
ya Allah, Engkau mengetahui segala apa yang ada di dalam hatiku ini, tiada apa yang dapat aku sembunyikan dari Engkau
ya Allah,,bukan niatku untuk mengguris hati seorang manusia yang baik akhlaknya,,namun aku rasakan ini adalah jalan yang terbaik untuk aku hadapi kehidupan aku
ya Allah,,andai kiranya Engkau kurniakan kepada manusia itu seorang Adam yang lebih baik dariku agar aku tahu manusia itu akan dijaga oleh seorang Adam yang lebih baik dariku
ya Allah tundukkanlah pandanganku dengan iman, tunjukkanlah yang benar itu adalah benar dan yang salah itu adalah salah
ya Allah,, bangunkanlah aku di waktu orang lain nyenyak tidur agar aku dapat bercakap dengan Engkau untuk melepaskan kerinduanku kepada Engkau
ya Allah,, aku amat ingin untuk bertemu dengan kekasih Engkau, Muhammad Rasul yang agung
ya Allah, benarkanlah aku  untuk memeluk baginda dan mengucapkan cintaku kepadanya
ya Allah , tebarkanlah rasa mahabbahku ini kepada teman-temanku agar aku dapat hidup dalam kalangan mereka yang mencintai baginda
ya Allah, tidak puas untuk aku berdoa kepada Engkau kerana Engakau adalah segalanya bagiku
terima kasih ya Allah,,mustajabkanlah doaku ini, ameen"

Usai berdoa,, Haidar puas dengan apa yang dimintanya. Namun cabaran yang mendatang semain besar dan semakin getir
 "ukhti, ukhti layak untuk mendapat yang lebih baik dari Haidar,insya allah"
*********************************************************
abg naqibku: eh, jgn lupa yew,, nanti semua orang wajib bagi pengisian lepas main bowling,,huhu
saya             :       ok,, harap abg naqib xkan mudah putus asa dalam ujian yang datang, saya dah  peluk semalam dan nyanyikan lagu Sunnah orang berjuang,,saya tahu kamu nangis time saya peluk kamu kan?hehe,, xnak ngaku xpew, ini madhu"mu,,aku mengenali kamu lebih dari kamu sangka.

No comments: