Sunday, September 25, 2011

tolong


assalamualaikum
ana mulakan coretan kali ini dengan al-fatihah dan nama Allah s.w.t

pernah dengar perkataan ini "syadid" dan "adik beradik",em.ana masih mencari apa sebenarnya yang boleh dikaitkan dengan kedua dua istilah ini,

sape yang ada pendapat,tlg komen post ini,terdesak
......................................................................................................................

dialog pertama: anta nie,dah xdew ke kaum sejenis ke nak tanya soalan,yewla,ana xsehebat anta
dialog kedua:ana nak minta izin untuk kita buat perjumpaan antara adik beradik nie,apa pendapat anta nie?
                   :maaflah kalau sms ana tadi menyakitkan hati anta yew
dialog ketiga: kalau kamu nak buat,buatlah,saya xkisah pun,dalam agama xdew pun istilah adik beradik nie,so jangan nak memandai create istilah adik beradik,agama xsuruh pun,,,,,,
dialog keempat: kan awak dah ada KAKAK yang boleh ajar awak ITU,,,

p/s:ana sekadar bertanya
........................................................................................................................

ya allah,kuatkan hatiku ini untuk terus menulis
aku tiada daya upaya,aku hanya hambaMu yang lemah dan perlukan pertolonganMu,rahmatMu dan sokongan para pejuang agamaMu yang bergelar ustaz ustazah,sahabat sahabiah dan teman sekeliling,,

dalam dua tiga hari nie,ana mula teringat apa yang ana dah buat selama ini,adakah ia benar atau salah atau syubhah semata-mata?ana mencari dan terus mencari,dan akan terus mencari hinggalah akan terjumpa satu jawapan yang pasti dan xakan mrobek keyakinanku pada bait-bait kata  "we are family,man,woman,old and young"   

Oh God, thank you 
For giving us the strength to hold on 
And now we’re here together

Ada dalam al-Quran, Allah S.W.T nyatakan bahawa sikap SYADID itu dipraktikkan adalah untuk orang kafir, bukan untuk sesama orang Islam. “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka.” Al-Fath:29.

Kepada yang bakal membaca entri kali ini,mungkin ada rasa terguris hatimu,namun aku pohon ampun dan maaf kerana ia adalah perlu sebagai teguran bukan penolakan namun sebagai peringatan.
Apa yang ana buat kali ini mungkin ada yang bersetuju dan ada yang xbersetuju,namun kita berukhwah kerana akidah yang satu untuk mencapai jalan ketaqwaan kepada Allah s.w.t kerana setiap makhluk yang diciptakan itu ada tujuan tersendiri iaitu beribadah kepada Allah s.w.t, menjadi khalifah dan memakmurkan bumi ini.

Syadid merupakan suatu perkara positif yang perlu diterjemahkan oleh setiap muslim didalam segala aspek kehidupan. Apabila kita hanya mengambil pandangan yang syadid, dan syadid dalam urusan seharian maka kita akan lebih selamat.
Namun perlu juga dilihat untuk diamalkan dalam situasi tertentu kerana jika terlalu syadid,masyarakat akan lari dari apa yang ingin kita sampaikan, namun demi menjaga kesucian ukhwah,ia adalah perlu
Penilaian tersebut tidaklah semata-mata menggunakan akal pemikiran saya, tapi bagi saya ianyanya selari dengan tuntutan islam.
Sepertimana sabda nabi: “Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan”. Istifadah yang boleh kita teladani daripada hadis tersebut ialah kita hendaklah mengambil jalan tengah dalam menyelesaikan sesuatu masalah, iaitu tidak terlalu syadid dan tidak terlalu tasahhul(mudah) dalam menerima pendapat dan melakukan sesutautu perkara. Dengan menggunakan bahasa yang mudah, bukan dalam semua perkara kita perlu syadid, ada tempat yang perlu dan ada tempat yang tidak perlu.

saya nak bertanya pendapat anta macam ni, saya rasa saya ni terlalu syadid dgn lelaki..kalau ade lelaki mesej-mesej, ym ke sekadar nk borak-borak benda-benda xpenting ni, memang saya xlayan.. pastu mereka marah-marah ckp sy sombong..terkejut gak sy..ntahlah, sy rase xde keperluan nak layan mereka ni sekadar borak-borak hal-hal remeh temeh, yg xpenting lgsg..kalau ada urusan tu lain la kan.. jadi mcm mane ye? salah ke tindakan sy tu?
Aku cuba membalas:bagi ana,betul tindakan kamu tu,xsalah pun,hati manusia nie xpernah puas,kalau manusia itu dah kaya,dia tetap ingin mencari kekayaannnya,sebabnya,iman yang kurang,ilmu yang tidak ingin dicari unutk menghidupkan hati yang lemah,berukhwah dan bekerja bukan kerana taqwa,namun untuk menunjuk mahupun ,,,,,,,,,,,,,,,,,

Saya yakin, mereka yang dilabel dengan istilah SYADID itu sebenarnya hanya mahu mempraktikkan Islam dalam kehidupan. Mereka mahu hidup dalam nafas Islam. Mereka mahu bergerak dalam landasan Islam. Mereka cuma mahu menjadikan diri masing-masing seorang muslim yang benar-benar muslim sebagaimana yang dituntut oleh Allah S.W.T dan RasulNya.

tidak salah untuk bersahabiah atau bersahabat ,namun ada tempat yang perlu untuk dilihat keutamaanya,bagi yang memahami cubalah untuk mempraktikkannya walaupun ianya susah,namun kesusahan itu bakal diganjari oleh Allah s.w.t,janganlah berlaku zalim terhadap ilmu yang kita tuntut,amalkannya kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah zalim
sesungguhnya Allah Maha mngetahui hati2x..
hambaNya
insyaAllah dgn keikhlasan
 Allah akan bantu mempermudahkan urusan 
insyaAllah
jangn fikir yang tidak elok,,,
jdikannya sebagai suatu tauladan..
dan beringtlah bahawa..ade hikmah di sbliknya
mungkin IA dtgnya dri Allah
tguran kasih dri Allah
Allah yg membuka mata-mata hati..
dan kita beruntung dgn pemberianNYA
JGN malu dgn perkara yg benar
jgn takut dgn perkara yg bnr,,,
semoga Allah memandu hatimu, hatiku dan hati sahabat itu di atas panduan makrifaNYA
insyaAllah

kita manusia yg sentiasa akan diuji dan terus diuji dgn plbgai dugaan khidupan..
apatah lg dalam memandu sebuah pengembaraan meneruskan jalan dkwah Rasulullah
semakin kita ditimpa ujian itu
semakin kita mengingti Allah
rasa phit kite..
perit kite..
lbh merapatkan hubungan kite dengan Allah
kalau itu yg Allah mahu dari kita untuk kite lebih rapat dgn DIA..
agar kita meredhai kehendakNYA

ya allah,
aku mohon engkau berkati 
setiap apa yang aku taipkan ini menjadi peringatan untuk semua,
pimpinlah aku sebagaimana engkau memimpin umat terdahulu
ya allah,engkau tahu apa yang sedang bermain di mindaku ini,
engkau tahu,tubuh ini bakal rebah bila tiba saatnya
engkau tahu apa yang baik dan buruk untuk diriku ini



6 comments:

Anonymous said...

su, maksud syadid dalam post nie.. syadid yang macam terlalu ketat ke? xphm...Y__Y

Unknown said...

syadid pada asalnya bermaksud kuat dan tegas,namun dalam perhubungan seharian,unsur syadid adalah perlu unutk menjaga maruah,amalan dan sebagaiya tapi kalau terlalu syadid(bertegas) sehinggakan masyarakat lari dari dakwah,xboleh jugak cz dakwah ada 3 peringkat kan,antaranya hikmah kan,bg muslimin n muslimat pula,boleh berhubung namun bukan unutk perkara sia-sia tp unutk perkara penting saja,kan dapat dilihat unsur syadid tu,tp janganlah unsur syadid itu disertai sifat ego,muslimin xleh berhubung dengan muslimah n sebaliknya k,

Anonymous said...

TERIMA KASIH ! faham dah ^_^

ajwad faheem said...

bismillah..

ana terjalan-jalan dan jumpa post nih..dan ana sangat tertarik dengan perhatian yg lebih, dalam permasalahan ikhtilat yg melanda para asatizah

ini secara sekilas langsung drpd apa yg pernah terjadi pada ana sendiri

ana mula menitikberatkan soal ikhtilat ni, bermula tingkatan 3..Aturan Allah tu kan cantik?

tyme tu ana suka tanya perkara2 yg islamik..perkara2 yg perlu kepada jawapan drpd org yg berfikrah..jadi ana tanya sorg akhawat nih..sebab suka dengar dia bg pendapat..ana tanya soalan yg berkaitan nasyid..pandangan dia tentang wanita bernasyid..then dia jawab..lama kelamaan ana pun sering bertanya pada dia tentang persoalan2 lain..namun prinsip yg ana pegang sewaktu tu, ana akan tanya ikhwah lain dulu sebelum minta jawapan drpd akhawat..satu prinsip yg ana pegang..

then, secara tak langsung ana terpaut pada akhawat tu kerana melihat hebatnya dia dalam menjawab persoalan2 begini..lalu ana pun jatuh hati..kebetulan, ana ikut usrah..dan ana suarakan permasalahan ini pada usrah-mate ana, dan akhirnya apa yg naqib ana respon..

"jagalah diri drpd menjadi fitnah"

ana mula sedar dan akhirnya ana lebih jelas apabila sewaktu ana aktif bertanya akhawat2 tentang permasalahan sebegini, akhirnya Allah hilangkan - block- ana punya sim kad..dan ana tahu , Allah sayangkan ana dan melarang ana memudaratkan diri dalama lembah fitnah buat para ikhwah dan akhawat..sejak tu, ana sedar..

walaupun kita melakukan kerja2 dakwah, bertanyakan tentang permaslahan ummat sekalipun, namun syaitan itu lebih licik.sehinggakan para dia'e ini menjadi musuh utama, lalu "ukhwahfillah" antara muslimin dan muslimat dilihat setaraf seperti hubungan lelaki dan perempuan yg biasanya...

dan sejak peristiwa tu..ana sgt menjaga, ayah hir..sampai sekrg ana masih berpegang pada prinsip yg ana lakukan:

1. tidak ada num muslimat seorg pun dalam hp ana melainkan yg menjadi partner ana dalam menjalankan kerja2 dakwah..i mean naib presiden dan amt tertinggi sahaja..yg lain..yg bawah2 , ana serahkan kepada pemimpin muslimat..benda ni untuk mengelakkan ana terpandang nama akhawat dan teringin utk bermesej dgnn dia..tahulah kan kita ni kaum adam mcm mana?
2. ana x kan hantar mesej pada waktu malam..melainkan program2 yg berlangsung pada waktu malam..selain drpd itu..ana sambung esok pagi..tahu lah kan kenapa?,,kadang boleh terlagha sebentar
3. ana akan minta izin sebelum kol atau mesej seseorg muslimat..sebagai tanda menghormati haknya yg dimuliakan..bukankah islam menjaga hak kaum wanita?

dan seterusnya penjagaan dr sudut ejaan, tak guna smiley dalam sms, dan selebihnya..dan itulah yg berlaku

ayah hir..

percayalah ini bukan yg sepatutnya dikatakan syadid..namun perlu ditukar kepada istilah.."menjaga"..kita menjaga hak2 kita darpd melakukan perkara yg dilarang Allah, kerana mungkin perkara yg sekecil itu boleh "MELAMBATKAN PROSES TARBIYAH" dalam diri

dan kerana kita menjaga hak2 kaum wanita yg andai kita tidak bertegas maka mereka dengan sikap ngada2 dan kurang ketegasan mampu mencairkan kita..

dan kerana itulah..ana menjaga..bukan syadid namun ..kita menjaga..

wallahualam..andai ada kesilapan boleh tegur.ana terima dengan hati terbuka

Atie Musfirah said...

:')

SaRaH said...

assalam..
syukran atas perkongsian..
sy mmg tercari2 article tntg ikhtilat..
perkara yg sangat subjektif ..yg selalunya kita terlepas pandang dlm kehidupan seharian..