Friday, June 10, 2011

buat dia yg aq rindui

assalamualaikum
coretan kali ni ditujukan khas kepada sahabat dan sahabiah yg tertentu ,ingat x entry yg bertajuk

dia 4ever(dalam kenangan),entry kali ni adalah sambungan dari cerita yang lalu,ayah hir terima satu msg"tolak bangunan,kami nak makanan berbuka"hehe,,,msg cmni hanya 16 orang jew yg akan paham,,

bermula dari kosong hingga menjadi penuh,susah untuk memenuhinya,apa itu???itulah tanggungjawab seorang daie,pendakwah,pemimpin,khalifah dan sebagainya,penat x??mestilah penat,lelah x,mestilah lelah kan,sesungguhnya jalan yang perlu dilalui oleh seorang anak muda muslimin untuk menjaga beberapa orang manusia ini perlukan kepada semangat,sokongan 13,magnet,esteem diri,dan doa dari mereka yang memahami,,,kita masih mampu untuk berdiri tegak pada hari ini jika tidak nikmat dan rahmat Allah s.w.t,doa kawan-kawan seperjuangan dan rohaniah serta jasadiah yang kental untuk menghadapi semuanya.

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi...~

“Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Al Insyirah: 5-6)
aq sabar menanti kepulanganmu,akan ku peluk tubuhmu bila kau pulang nanti
Ayat ni pun kalau kita paham sebenarnya ia menyuntiik semangat ayah hir,awak,kita dan semua untuk bersabar dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian dari pencipta kita,,,apa yang kita xharapkan xsemestinya akan kita dapat,tapi usaha itu penting kan??namun begitu,ayah hir pun nak pesan kpd diri  sendiri, sahabat sahabiah, kawan-kawan  jgn lupe untuk kita berdoa kepada orang di sekeliling kita kerana Allah sendiri telah mengiktiraf diri kita sebagai bersaudara antara satu sama lain,,
p/s:satu masa nanti,kita kan jumpa di syurga dengan izin Allah s.w.t,ayah hir tetap tunggu kepulanganmu wahai sahabatku yang sedang merintih di sana menjalankan tanggungjawab,sedang diuji,dan baru daftar belajar,,xsalahkan ayah hir menangis kerana anda semua,kerana anda semuatempat ayah hir meluahkan masalah,meminta pendapat,bergurau senda,minta nasihat dan tempat nak pinjam bahu sebagai tempat menangis,,,asal semua gembira,ayah hir juga gembira,,bagi yang bakal membaca ini,entri ini dituju khas kepada anda,semoga anda memahami apa maksudku di sini,semoga Rabbul Izzati merahmati anda semua,,terima kasihh
 

 

3 comments:

Abas Musa said...

tggu ana balik

Unknown said...

ok,ana tunggu saat ini hingga anta balik

wan said...

tunggu ana yang hensem ini,,,,