Tuesday, October 16, 2012

Haidar bukan imammu

Menelusuri kehidupan kampus yang penuh dengan sesi pembelajaran,Haidar semakin menunjukkan prestasi yang baik dalam kumpulannya. setiap hari Haidar akan datang awal ke kelas untuk mengulangkaji atau membersihkan kelas sebelum lecturer kesayangannya masuk untuk mencurahkan ilmu yang melimpah seperti air laut yang tidak pernah lekang kering. dia sentiasa menyibukkan diri agar tidak leka dalam kehidupannya. Dia rajinkan diri untuk ke perpustakaan mencari bahan pembelajaran dan membuat nota pelajaran . Dia bertekad untuk membantu rakan-rakanya yang lemah dalam pelajaran. Dia bimbang andainya dia berjaya namun rakan-rakan yang lain tidak berjaya sepertinya. Walaupun mendapat keputusan exam yang tidak memuaskan namun Haidar tidak pernah berputus asa untuk sentiasa rajin dalam pembelajaran. Pada waktu lapangnya, dia lebih suka untuk menghadiri majlis ilmu di masjid dan mendengar kuliah interaktif..
Alhamdulillah Allah membuka jalan untuknya menyertai kumpulan usrah di kampusnya. Dia tidak pernah ponteng usrah dan sentiasa bersedia dengan tugasan yang diberikan oleh para naqibnya. Dia kini mengenali agama dengan usrah dan majlis ilmu yang dihadirinya. Harapannya satu semoga dengan ilmu tersebut dia dapat mengajar bakal zaujah dan mutiara-mutiara yang bakal dilahirkan untuk mengenali agama lebih awal..

       Namun hidup yang tak pernah lekang dengan ujian tidak akan pernah berhenti selagi nafas masih dihembus dan akan pergi apabila Malaikat Maut datang menyapa.. emel yang dahulunya dihantar kepada seorang ukti telah dibalas dan dia menerima dengan redha segala ketentuan Allah. Namun semakin mempelajari agama semakin dia melihat apa yang dibuatnya adalah salah di sisi agama. chatting, facebooking, tweet dan sebagainya. Setelah mendapat petunjuk dari Allah dengan gerak hati yang disertai dengan zikir dan mahabbah.. akhirnya dia membuat keputusan untuk menghantar pesanan ringkas kepada ukhti tersebut agar dia juga terselamat dari godaan syaitan.

"mungkin ini pesanan terakhir Haidar kepada ukhti,,Haidar minta maaf dengan emel dahulu,, semoga ukhti sihat sentiasa dengan rahmah Allah,,abaikan emel dahulu,, kan setiap hari kita bangkit untuk menjadi seorang yang baru dan meninggalkan apa yang di belakang.betul apa yang telah ukhti bacakan kepada Haidar.. apa yang kita sembunyikan ddalam hati Allah tetap juga mengetahui kerana Dia adalah Rabbul jalil yang menguasai seluruh bentara alam ini termasuk darah yang mengalir. Ukhti, segala apa yang Allah ciptakan adalah yang terbaik untuk semua. Pokok dicipta untuk menyejukkan alam, air dicipta sebagai penyejuk dahaga di saat mentari panas hening.. Begitulah juga seorang Adam diciptakan untuk menyempurnakan kehidupan seeorang Hawa. Namun ukhti, xsemua Adam itu sempurna. Haidar juga merasakan sedemikian. Haidar pohon pinta dan maaf andai pernah menabur harapan . Hakikatnya,, ukhti adalah seorang yang terbaik dan memerlukan seorang Adam yang baik namun bukan Haidar..Haidar pinta kemaafan dari seorang manusia yang baik agar tidak akan mengecewakan ukhti.."

 Mencari alamat ukhti,lalu menghantarnya dengan rasa penuh rendah diri dan berdebar,,tit..tit..tit qasidah kegemaran Haidar berbunyi menunjukkan satu pesanan masuk ke inboxnya,,jawapan yang diterima ringkas
                                   "syukran dan asif"

menghampar ridad biru di biliknya lalu Haidar sujud syukur kepada Allah, menitiskan air mata tanda ingin bertaubat kepada Allah . Masa begitu lama Haidar sujud hingga basah ridad birunya itu.. Doanya kepada Allah
  
"ya Allah,,sudah lamaku tidak berbicara kepadaMu dengan lama.. banyaknya masa aku habiskan dengan dunia yang fana ini..aku lupa untuk bercakap dengan Engkau
 ya Allah ampunkanlah dosaku, ibuku,bapaku,sahabat-sahabiahku serta muslimin dan muslimat seluruhnya.
ya Allah,, andai apa yang telah aku lakukan ini menutup hijab antaraku dengan Engkau maka hilangkanlah ia dariku semoga aku sentiasa dekat dengan Engkau
ya Allah, Engkau mengetahui segala apa yang ada di dalam hatiku ini, tiada apa yang dapat aku sembunyikan dari Engkau
ya Allah,,bukan niatku untuk mengguris hati seorang manusia yang baik akhlaknya,,namun aku rasakan ini adalah jalan yang terbaik untuk aku hadapi kehidupan aku
ya Allah,,andai kiranya Engkau kurniakan kepada manusia itu seorang Adam yang lebih baik dariku agar aku tahu manusia itu akan dijaga oleh seorang Adam yang lebih baik dariku
ya Allah tundukkanlah pandanganku dengan iman, tunjukkanlah yang benar itu adalah benar dan yang salah itu adalah salah
ya Allah,, bangunkanlah aku di waktu orang lain nyenyak tidur agar aku dapat bercakap dengan Engkau untuk melepaskan kerinduanku kepada Engkau
ya Allah,, aku amat ingin untuk bertemu dengan kekasih Engkau, Muhammad Rasul yang agung
ya Allah, benarkanlah aku  untuk memeluk baginda dan mengucapkan cintaku kepadanya
ya Allah , tebarkanlah rasa mahabbahku ini kepada teman-temanku agar aku dapat hidup dalam kalangan mereka yang mencintai baginda
ya Allah, tidak puas untuk aku berdoa kepada Engkau kerana Engakau adalah segalanya bagiku
terima kasih ya Allah,,mustajabkanlah doaku ini, ameen"

Usai berdoa,, Haidar puas dengan apa yang dimintanya. Namun cabaran yang mendatang semain besar dan semakin getir
 "ukhti, ukhti layak untuk mendapat yang lebih baik dari Haidar,insya allah"
*********************************************************
abg naqibku: eh, jgn lupa yew,, nanti semua orang wajib bagi pengisian lepas main bowling,,huhu
saya             :       ok,, harap abg naqib xkan mudah putus asa dalam ujian yang datang, saya dah  peluk semalam dan nyanyikan lagu Sunnah orang berjuang,,saya tahu kamu nangis time saya peluk kamu kan?hehe,, xnak ngaku xpew, ini madhu"mu,,aku mengenali kamu lebih dari kamu sangka.

Saturday, August 11, 2012

akhirul kalam


Allahuakbar!!Allahuakbar!! azan asar berkumandang di telinga,namun nafsu dituruti untuk terus nyenyak di katil hostel,,
pringggggggggg!!!!!!subhanallah,dah 6 petang rupanya,, terus Haidar ke tandas untuk berwudhuk untuk menunaikan solat asar secara berjemaah bersama teman-temannya di bilik,,
 assalamualaikum warahmatullah,dia menyapu muka tanda selesai solat berjemaah,,bersama mereka menadah tangan untuk  mengaminkan doa dari sahabatnya itu,,

ya Allah ya tuhanku,
sesungguhnya kami menadah tangan memohon ampun dan mengharapakn rahmah darimu,,
kurniakanlah kami hidayah dan taufiq untuk terus berada di jalanMu ini,,
ya Allah,Engkau mengetahui isi hati-hati ini yang sentiasa mendambakan syurgaMU dan takutkan api nerakaMu, tunjukilah kami jalan yang benar dan jalan yang Engkau redhai itu


ya Allah,sesungguhnya hanya Engkau tempat kami berdoa dan merintih segala perancangan ada padaMU ya Allah,,maka makbulkanlah doa kami ini ,tunaikanlah segala hajat kami,langsaikanlah segala hutang kami,bantulah kami menghadapi liku-liku hidup ini,permudahkanlah segala urusan kami,
 ya Allah,matikanlah kami dalam husnul khatimah,kurniakanlah kami nikmat di dalam kubur,jadikanlah kubur kami salah satu taman-taman syurga dan jangan Kau jadikan kubur kami salah satu lubang-lubang neraka,,,,

ameenn,semoga doa ini sentiasa berkekalan  hingga ke hari akhirat,,
mereka bersalaman dan bersiap sedia untuk ke padang bermain futsal,,,
tapi Haidar merasakan petang itu adalah petang yang amat tenang,,(korang pergilah main dulu,insyallah aku turun kejap lagi k) tinggallah si adam bersendirian di kamar hostel ,,,
merenung ke luar jendela seakan alam ini menjelmakan apa yang dia sedang pendam ini

*******************       ************      *********

apa khabar akhi? sihatkah iman?quran dah khatam ke dalam baki ramadhan kali nie?semoga mendapat lailatulqadar yang akhi inginkan tu,,,alfun syukr dengan kiriman warkah akhi pada ana,,walaupun terkejut pada mulanya namun ana sedar itu adalah fitrah yang telah Allah ciptakan antara Adam dan Hawa,, namun akhi, ana meminta maaf andai persahabatan ini sudah membuatkan ia mencuri hati seorang pemuda agama,,, masyaAllah,, rupanya masih ada lompang yang berlaku di antara persahabatan ini,,

dan janganlah engkau mengikuti jejak langkah syaitan , sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata(surah al-baqarah:108)

tapi akhi,ana bersyukur kerana ana tahu bahawa Allah datangkan ujian ini untuk menguji kita berdua,mungkin ini juga selaku teguran dari Allah untuk kita dan orang di sekililing kita,,
akhi,ana malu pada anta dan Allah serta seluruh alam ini kerana telah terbitnya titik hitam dalam persahabatan kita nie,,alhamdulillah Allah datangkan akhi untuk menegur ana dan memberi sokongan dalam banyak hal,,namun percayalah akhi,, jodoh itu ketentuan yang tersembunyi,,,namun bersediakah kamu untuk menghadapinya?????!!!!!
akhirul kalam,,,ana panjatkan kesyukuran kepada Allah Rabbul Izzati kerana meletakkan ana dan akhi dalam jalan yang sama namun masih banyak lagi cabaran yang perlu dihadapi,semoga kita terus thabat dalam setiap amal islami yang ingin kita laksanakan,,,syukran

al-faqir fi kulli amal
sahabatmu,,,,,

################################
terpana dan terkejut tanpa kata apabila membaca emel yang dihantar secara senyap itu,,namun Haidar menerima ia dengan berlapang dada,,,usai membaca emel itu,dia berasa lega dengan apa yg dibalasnya,,namun hati seorang manusia ada ketika dan waktu untuk dibolak balikkan

ya Allah,tetapkanlah hati yang berbolak balik ini pada jalan yang benar,terangilah ia sepertimana Engkau menerangi bumi ini dengan mataharimu,,,,(aku tak pernah lupa untuk membaca doa ini kerana ustaz ckp,walaupun doa kita tak panjang tapi istiqomah,Allah amat menyukainya,,,thankz ustaz

dia kembali merenungi mungkin masih ada salah dan silap yang  perludiper betulkan dalam setiap amal islami dan pergaulan dengan teman-temannya yang lain,,,

"ustaz,ana ada satu soalan,saya menyukai seorang muslimah itu kerana dia baik peribadinya dan lembut tutur katanya,,,dia banyak menolong adik-adik usrah,itu jew berita saya dapat dari shbiah saya"
ustaz tersenyum merenung wajah si adam yang menantikan jawapan sang ustaz itu
"islam itu adalah agama yang cantik,begitu juga dengan umatnya,kamu adam dicipta untuk melindungi kaum hawa dan menjadi pemimpin dan kaum hawa pula adalah perhiasan bagi kaum adam,,,kalau kamu meyukai muslimah itu kerana kecantikannya,nescaya kecantikan itu akan reput dek usia tua,,kalu kamu menyukainya kerana kekayaannya,,nescaya ia akan habis ditelan oleh sifat boros,,namun jika kamu menyukainya kerana agamanya,,nescaya itulah yang terbaik buat kamu wahai si adam,, namun jangan dilupa,perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik,,ingat yeww"""

itulah kata-kata ustaz yang sentiasa menjadi motivasi untuk si adam terus berubah ,,menambah ilmu,,dan mempersiapkan diri untuk hari esoknya,dia berharap cita-citanya untuk membina masjid yang diredhai akan tercapai satu hari nanti,,insyallah


tuptap tuptap,,,,,inbox nokia 3110 Haidar tetiba bersuara(kalaulah dia ada suara,pastinya dia ckp,,,,ada sms nie,tak nak baca keww,,,huhuhu,gurauan dari seorang sahabatku)
'' jomla main bola nie,kami tak dapat main kalau kau tak turun nie,sapewla nak jaga gol nii"
"ok,,,aku turun nie,,"
mempersiapkan diri sebagai penjaga gawang gol yang terhebat sepeti khairul fahmi,,huhu(angan-angan je lbih..kaki bangku kott)
 *********************************************************************
tinggalkan cerpen di atas,jom memburu lailatulqadr tahun nie,manela tau,ramadhan kali ni adalah yang terakhir,,,,,
ramadhan berbaki 8 hari lagi,,huhu,tapi saya baru jew juz 17,insyallah sempat khatam kali ni,nak compete ngan madhu usrahku yg tinggal 3 juz lagi

#sekadar celoteh di petang hari sambil menunggu berbuka puasa,huhuhu,sem nie berbuka kat masjid jew,,save bajet,,,