- doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang lebih kuat daripada lelaki.
- wanita yang solehah iaitu baik itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh
- barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya
- wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku iaitu Rasulullah di dalam syurga
- barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan sedekah
- syurga itu di bawah telapak kaki ibu
- barangsiapa mempunyai 3 orang anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta sikap bertanggungjawab maka baginya adalah syurga
- apabila memamggil akan dirimu 2 orang ibu bapa mu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu
- daripada Aisyah r.a " barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya akan api neraka."
- wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab
- wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat pada suaminya serta menjaga solat dan puasanya
- Aisyah r.a berkata " aku bertanya pada Rasulullah siapakah yang lenih besar haknya terhadap wanita?" jawab Rasullah s.a.w " suaminya." " siapa pula yang berhak kepada lelaki?" jawab Rasulullah s.a.w "ibunya".
- perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, dan memelihara kehormatan serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yangg dikehendaki
- tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10 000 tahun)
- apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatat baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan mengahpuskan darinya 1000 kejahatan
- apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
- apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya
- apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu, setiap 1 tegukan daripada susunya diberi 1 kebajikan
- apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
Monday, November 8, 2010
keistimewaan wanita,,,,,,,,,,,,,,
kerana 20 sen,iman hampir dijual......
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)