Sunday, November 4, 2012

khabar gembira untuk Haidar

KBOMM DAN HANTAR KE 25333

melabuhkan punggung seketika di bawah pokok selepas solat asar amat menenangkan jiwa yang mudah bergoncang ini,usai menunaikan solat asar dengan sahabat-sahabat seperjuangan,diikuti pula dengan bacaan al-mathurat,meneliti maksudnya satu persatu amat menggembirakan hati Haidar kerana dia tahu bahawa janji Allah itu pasti dan tidak pernah dimungkiri,,setelah itu Haidar bersalam dengan ahli jemaah masjid lalu membawa haluan masing-masing,,

memerhatikan pokok-pokok yang seolah-olah mengetahui apa yang sedang bermain di benak fikirannya,angin berhembus datang dan pergi mengusik dan meruntun hati Haidar untuk terus mengingati kembali perkara-perkara sebelum ini,,di matanya hanya bermain wajah seorang ukhti yang dikenalinya dengan nama manja,Iman,,pekertinya yang menyerupai seseorang yang pernah menjadi idaman hati kini kembali menerawang,dulu dia pernah menyimpan taruh keinginan untuk menjadikan seorang hafizah sebagai perhiasan hidupnya,namun
"manusia hanya merancang,Allah menentukan segalanya"
kini Iman pula dihantar oleh Allah untuk mengujinya..Pertama kali bertemu muka hanya dalam bidang tugas sebagai ajk surau namun lama kelamaan ia berubah menjadi persepsi yang sama terhadap Iman,,
Haidar sedar bahawa ini adalah ujian daripada Allah untuk menguji taraf cinta hamba kepada Sang Pencipta,,"ya Allah beratnya ujian ini untukku"pinta Haidar. SAHABAT KOLONY!!!
pernah menasihati,
sebelum engkau melafazkan rasa cintamu itu pada makhluk yang lemah,,bagaimana cintamu pada Sang Pencipta yang tak putus-putus mengurniakan nikmat kepada engkau wahai teman"


 Haidar tekad untuk melamar Iman sebagai perhiasannya,agar tidak terlepas dari genggamannya,dia sudah menghantar emel kepada Iman,Dia mengahantar hasrat hatinya itu ,lalu menunggu jawapan dari Iman (akhirul kalam) namun setelah sekian lama Haidar fikir dirinya tidak serius dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin kepada seorang Hawa. setelah melakukan solat istikharah selama beberapa hari,mengadu pada Allah agar dikuatkan niatnya untuk menghantar emel kedua kepada Iman menyatakan hasrat hatinya itu(saya bukan imammu),,
syukur pada Allah yang Maha Mendengar rintihan hatinya itu,, Iman sanggup menerima keputusannya itu.
kini kehidupan kembali seperti dulu,hanya bersama teman-teman kampus yang tidak pernah jemu menutur nasihat dan bicara andai dia tersungkur di persimpangan,, satu malam yang dingin,,Haidar menjengah facebooknya untuk melihat aktiviti-aktiviti kampus dan status-status rakan-rakan fb nya yang berjumlah 1000 orang,,wah,letihnya tangan..plupp,,chatboxnya berbunyi,"ish,xkanlah dia"jauh di lubuk hatinya dia terkejut bercampur takut dan gembira,,Iman yg hadir di chatboxnya itu sudah lama dia tidak chatting,

"apa khabar akhi?sihatkah iman di hati atau masih teringatkan Iman yang wujud ini?huhu,Iman bergurau jew,,just nak cakap..insyallah lepas raya nanti ada seorang senior Iman ingin melamar Iman menjadi perhiasannya,,tolong doakan Iman ye akhi kalaulah ini merupakan yang terbaik buat Iman,,"
"akhi,Iman dah baca apa yang akhi tulis di blog akhi tu,menarik dan terima kasih untuk doa akhi tu,,Iman suka,,syukran,,maassalamah wa ila liqa"offline,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

tergamam haidar di hadapan laptopnya,,terus dia offline dari facebook,,,bergegas dia ke tempat wuduk asrama untuk menyucikan diri bersedia menghadap Ilahi,, "oi,xmasuk lagi waktu Isyak,apa ke hal laju semacam je kau Haidar"pinta roomatenya itu,,"aku saje jew nak menghadap Ilahi,,manela tau kan,kot2x aku mati time nie,aku mati dalam husnul khotimah"huhu,Haidar mengusik roomatenya,,"iyelah,,mati tak kenal tuan,lawan dan masa kan,"bisik roomatenya tanda faham,,

terus memasuki biliknya lalu mengambil sejadah,,dihampar menghadap ke arah kiblat lalu ditunaikan solat hajat dua rakaat,,di akhir sujudnya itu,,Haidar berbicara sepuas hatinya kepada Tuhan dan Kekasih Agung yang tak pernah menolak bicara makhluknya
**************************************************************************
ya Allah,,kembali aku mengadapMu dengan rasa  hina dan rendah diri
ya Allah,,hambaMu ini kotor dengan dosa noda,,tak pernah melakukan kebaikan
ya Allah,,dengarlah bicaraku ini
Segala apa yang ada adalah di dalam pengetahuan Engkau ya Allah
tidak mampu untuk aku sorakkon walau sebesar zarah sekalipun
ya Allah,,tunjukilah kepada hambaMu ini yang benar itu benar
ya Allah,,tunjukilah hambaMu ini yang salah itu salah
ya Allah,,akhirnya aku melihat kebesaran Engkau di hadapan mataku sendiri
ya Allah andai dia bukan untukku maka jagailah dia sebagaimana Engkau menjaga alam ini
ya Allah,,aku bersyukur kepada Engkau kerana telah menghantar seorang Adam untuk menjaganya
ya Allah,,semoga mereka sentiasa berada dalam redha Engkau
ya Allah,,tutuplah pintu hatiku ini untuk mencari cinta selain cinta Engkau
ya Allah,,malunya aku kepada Engkau kerana telah memandang isi dunia ini sebagai matlamatku
ya Allah,,ampunkanlah dosaku dulu,kini dan selamanya
*****************************************************************************
puas berbicara,,Haidar mengajak roomatenya untuk terus menunaikan solat isyak berjemaah,,mengharapkan ganjaran dari Allah sebagai tiket persediaan bertemu dengan Dia,,

#syeikh Rohimuddin: anakku,cinta itu adalah memberi dan menerima,tidak ada pergaduhan antara dua jiwa,saling meredhai itulah yang mengukuhkan ikatan antara mereka,,janganlah kau mencintai orang lain agar orang lain juga mencintaimu.

Tuesday, October 16, 2012

Haidar bukan imammu

Menelusuri kehidupan kampus yang penuh dengan sesi pembelajaran,Haidar semakin menunjukkan prestasi yang baik dalam kumpulannya. setiap hari Haidar akan datang awal ke kelas untuk mengulangkaji atau membersihkan kelas sebelum lecturer kesayangannya masuk untuk mencurahkan ilmu yang melimpah seperti air laut yang tidak pernah lekang kering. dia sentiasa menyibukkan diri agar tidak leka dalam kehidupannya. Dia rajinkan diri untuk ke perpustakaan mencari bahan pembelajaran dan membuat nota pelajaran . Dia bertekad untuk membantu rakan-rakanya yang lemah dalam pelajaran. Dia bimbang andainya dia berjaya namun rakan-rakan yang lain tidak berjaya sepertinya. Walaupun mendapat keputusan exam yang tidak memuaskan namun Haidar tidak pernah berputus asa untuk sentiasa rajin dalam pembelajaran. Pada waktu lapangnya, dia lebih suka untuk menghadiri majlis ilmu di masjid dan mendengar kuliah interaktif..
Alhamdulillah Allah membuka jalan untuknya menyertai kumpulan usrah di kampusnya. Dia tidak pernah ponteng usrah dan sentiasa bersedia dengan tugasan yang diberikan oleh para naqibnya. Dia kini mengenali agama dengan usrah dan majlis ilmu yang dihadirinya. Harapannya satu semoga dengan ilmu tersebut dia dapat mengajar bakal zaujah dan mutiara-mutiara yang bakal dilahirkan untuk mengenali agama lebih awal..

       Namun hidup yang tak pernah lekang dengan ujian tidak akan pernah berhenti selagi nafas masih dihembus dan akan pergi apabila Malaikat Maut datang menyapa.. emel yang dahulunya dihantar kepada seorang ukti telah dibalas dan dia menerima dengan redha segala ketentuan Allah. Namun semakin mempelajari agama semakin dia melihat apa yang dibuatnya adalah salah di sisi agama. chatting, facebooking, tweet dan sebagainya. Setelah mendapat petunjuk dari Allah dengan gerak hati yang disertai dengan zikir dan mahabbah.. akhirnya dia membuat keputusan untuk menghantar pesanan ringkas kepada ukhti tersebut agar dia juga terselamat dari godaan syaitan.

"mungkin ini pesanan terakhir Haidar kepada ukhti,,Haidar minta maaf dengan emel dahulu,, semoga ukhti sihat sentiasa dengan rahmah Allah,,abaikan emel dahulu,, kan setiap hari kita bangkit untuk menjadi seorang yang baru dan meninggalkan apa yang di belakang.betul apa yang telah ukhti bacakan kepada Haidar.. apa yang kita sembunyikan ddalam hati Allah tetap juga mengetahui kerana Dia adalah Rabbul jalil yang menguasai seluruh bentara alam ini termasuk darah yang mengalir. Ukhti, segala apa yang Allah ciptakan adalah yang terbaik untuk semua. Pokok dicipta untuk menyejukkan alam, air dicipta sebagai penyejuk dahaga di saat mentari panas hening.. Begitulah juga seorang Adam diciptakan untuk menyempurnakan kehidupan seeorang Hawa. Namun ukhti, xsemua Adam itu sempurna. Haidar juga merasakan sedemikian. Haidar pohon pinta dan maaf andai pernah menabur harapan . Hakikatnya,, ukhti adalah seorang yang terbaik dan memerlukan seorang Adam yang baik namun bukan Haidar..Haidar pinta kemaafan dari seorang manusia yang baik agar tidak akan mengecewakan ukhti.."

 Mencari alamat ukhti,lalu menghantarnya dengan rasa penuh rendah diri dan berdebar,,tit..tit..tit qasidah kegemaran Haidar berbunyi menunjukkan satu pesanan masuk ke inboxnya,,jawapan yang diterima ringkas
                                   "syukran dan asif"

menghampar ridad biru di biliknya lalu Haidar sujud syukur kepada Allah, menitiskan air mata tanda ingin bertaubat kepada Allah . Masa begitu lama Haidar sujud hingga basah ridad birunya itu.. Doanya kepada Allah
  
"ya Allah,,sudah lamaku tidak berbicara kepadaMu dengan lama.. banyaknya masa aku habiskan dengan dunia yang fana ini..aku lupa untuk bercakap dengan Engkau
 ya Allah ampunkanlah dosaku, ibuku,bapaku,sahabat-sahabiahku serta muslimin dan muslimat seluruhnya.
ya Allah,, andai apa yang telah aku lakukan ini menutup hijab antaraku dengan Engkau maka hilangkanlah ia dariku semoga aku sentiasa dekat dengan Engkau
ya Allah, Engkau mengetahui segala apa yang ada di dalam hatiku ini, tiada apa yang dapat aku sembunyikan dari Engkau
ya Allah,,bukan niatku untuk mengguris hati seorang manusia yang baik akhlaknya,,namun aku rasakan ini adalah jalan yang terbaik untuk aku hadapi kehidupan aku
ya Allah,,andai kiranya Engkau kurniakan kepada manusia itu seorang Adam yang lebih baik dariku agar aku tahu manusia itu akan dijaga oleh seorang Adam yang lebih baik dariku
ya Allah tundukkanlah pandanganku dengan iman, tunjukkanlah yang benar itu adalah benar dan yang salah itu adalah salah
ya Allah,, bangunkanlah aku di waktu orang lain nyenyak tidur agar aku dapat bercakap dengan Engkau untuk melepaskan kerinduanku kepada Engkau
ya Allah,, aku amat ingin untuk bertemu dengan kekasih Engkau, Muhammad Rasul yang agung
ya Allah, benarkanlah aku  untuk memeluk baginda dan mengucapkan cintaku kepadanya
ya Allah , tebarkanlah rasa mahabbahku ini kepada teman-temanku agar aku dapat hidup dalam kalangan mereka yang mencintai baginda
ya Allah, tidak puas untuk aku berdoa kepada Engkau kerana Engakau adalah segalanya bagiku
terima kasih ya Allah,,mustajabkanlah doaku ini, ameen"

Usai berdoa,, Haidar puas dengan apa yang dimintanya. Namun cabaran yang mendatang semain besar dan semakin getir
 "ukhti, ukhti layak untuk mendapat yang lebih baik dari Haidar,insya allah"
*********************************************************
abg naqibku: eh, jgn lupa yew,, nanti semua orang wajib bagi pengisian lepas main bowling,,huhu
saya             :       ok,, harap abg naqib xkan mudah putus asa dalam ujian yang datang, saya dah  peluk semalam dan nyanyikan lagu Sunnah orang berjuang,,saya tahu kamu nangis time saya peluk kamu kan?hehe,, xnak ngaku xpew, ini madhu"mu,,aku mengenali kamu lebih dari kamu sangka.